ATM HARGAI SUMBANGAN VETERAN JASA dan sumbangan yang dicurah oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa diiktiraf kerajaan khususnya dalam mempertahan kedaulatan dan keamanan dikecapi negara selama ini. Selain kesanggupan berkorban jiwa demi negara tercinta, warga veteran juga adalah generasi perintis legasi kecemerlangan yang dikecapi semua cabang ATM pada masa kini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, selain mengiktiraf jasa bakti disumbangkan selama ini, kerajaan turut prihatin terhadap hal ehwal kebajikan golongan veteran dengan memberikan pembelaan yang sewajarnya. Beliau berkata, selain para veteran, kerajaan juga amat memahami dan prihatin terhadap nasib menimpa kalangan anggota tentera yang telah bersara melalui pelbagai usaha yang digembleng bagi memastikan segala keperluan mereka kekal terpelihara. “Dalam era serba mencabar ini, pelbagai usaha terus dilipat ganda bagi membela nasib...